Program KeKaL – Keluarga Kami Lestari
25 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada Ahad, 24 Oktober 2021 Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felcra Sungai Ara telah terlibat dengan Sesi Google Meet Program KeKaL – Keluarga Kami Lestari anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan juga Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar dan juga keluarga. Penerangan telah di sampaikan oleh wakil dari AADK dan juga LPPKN.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: