Program Keusahawanan Bersama Tupperware Brands

30 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 29 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu program keusahawanan bersama Tupperware Brands. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan peluang perniagaan bersama Tupperware. Mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah pendapatan dengan menyertai perniagaan Tupperware ini. Selain itu, mereka juga turut diberikan penerangan berkaitan dengan produk-produk Tupperware dan kelebihan yang terdapat pada setiap produk tersebut. Mereka juga turut didedahkan dengan demo penghasilan keropok lekor dengan menggunakan produk Tupperware.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali