Program Pemeriksaan Kesihatan
24 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada Selasa, 23 Ogos 2022, telah di adakan satu Program Pemeriksaan Kesihatan yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program anjuran Pusat Komuniti Desa (PKD) FB Sungai Ara dengan kerjasama National Kidney Foundation Malaysia. Tujuan program ini dijalankan adalah sebagai langkah pengesanan awal dan pencegahan dalam menyelamatkan nyawa. Antara pemeriksaan yang di lakukan adalah tekanan darah, gula dalam darah, ujian air kencing, indeks jisim tubuh / ukur-lilit pinggang, kolesterol darah dan juga kaunseling. Program ini telah bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: