Kelas Microsoft Office Power Point

19 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 18 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas asas Microsoft Office Power Point yang dihadiri oleh pelajar sekolah menegah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Power Point. Mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah gambar di dalam slide di dalam Microsoft Office Power Point. Selain itu, mereka juga turut diberikan penerangan untuk menukar templet slide yang telah di sediakan di dalam Microsoft Office Power Point ini. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara untuk menambah gambar di dalam silde dan menukar templet silde mengikut pada cita rasa masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali