Kelas Microsoft Office Word
19 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 18 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas Kelas Microsoft Office Word yang dihadiri oleh pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word. Mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk memuat naik gambar dan meletakan teks pada gambar dengan menggunakan Microsoft Office Word.
Selain itu, mereka juga turut diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip dengan betul, cara untuk menukar huruf kecil kepada huruf besar, cara untuk meletakan garisan pada teks, cara untuk meletakan jarak diantara baris serta penggunaan jarak diantara teks. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara untuk menggunakan Microsoft Office Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: